|
|
 |
Monday, April 25, 2005
A Dose of My Twisted Taste of Music.
Barenaked Ladies
Pinch Me
It's the perfect time of year
Somewhere far away from here
I feel fine enough, I guess
Considering everything's a mess
There's a restaurant down the street
Where hungry people like to eat
I could walk but I'll just drive
It's colder than it looks outside
(Chorus) It's like a dream you try to remember
But it's gone
Then you try to scream
But it only comes out as a yawn
When you try to see the world
Beyond your front door
Take your time, is the way I rhyme gonna make you smile
When you realize that a guy my size might take a while
Just to try to figure out what all this is for
It's the perfect time of day
To throw all your cares away
Put the sprinkler on the lawn
And run through with my gym shorts on
Take a drink right from the hose
And change into some drier clothes
Climb the stairs up to my room
Sleep away the afternoon
Chorus
Pinch me, pinch me, cause I'm still asleep
Please God tell me that I'm still asleep
On an evening such as this
It's hard to tell if I exist
If I pack the car and leave this town
You'll notice that I'm not around
I could hide out under there
I just made you say "underwear"
I could leave but I'll just stay
All my stuff's here anyway
Chorus
Pinch me
Try to figure out what all this is for
Pinch me
Try to see the world beyond your front door
Pinch me
Try to figure out what all this is for
Posted at 05:34 am by sesucicinta
Permalink
Assalamualaikum warahmatullah …
First off…
Dia ~ yup, Insya Allah Danial smp ke bumi Afrika Selatan…Tunggu … :P
Kak Alzun ~ hehhe … I’m sure akak konfem akan sekeh kepala Danial in the next entry . Alamak … Spoiler laa plakk kan ? Hehhe…
Honeyza ~ caner nak update hari2 yang … Keje skolah sapa nak buat kan ? Hehhe…
Laling Azaren ~ the stethoscope part tu you loike ek ? Ehehhe … Jiwang the very karat laa…
Dueng & Nadya ~ bahaya senyum sorg2 . ;)
Ahada ~ thanks dear. Harap-harap ahada won’t stop reading. :)
Fir ~ thank you . *Speechless*
Ieja ~ right on ! Pandai laa hlovate frame org lain plakk! My answer: ;)
Other tagboarders ~ gift for the week. :) Enjoy reading.
Pasal my location tuh, buat masa sekarang cukup la sekadar: Nashville, pelajar biomedic. Untuk info2 berikutnya, sila lah baca Hlovate’s Ked’s Story. Mungkin dari situ , you could pick up a thing or two about me. To Hlovate dear: Babe, you read me like a book and you write me like a diary. :)
“Liverpool gi semi!!!!!”
Balqis ketawa. Gagang telefon dijauhkan sedikit dari telinga. Kalau telefon Jasmin selepas game Liverpool, dinasihatkan agar membeli insuran telinga terlebih dahulu. “Down, girl! Aku dah agak. Kalau call ko lepas game, paling kokak pun barai gegendang telinga aku,” ujar Balqis.
Jasmin turut ketawa sama. “Okay, okay. Kena save jerit aku untuk Maira dengan Fat gak. Maira konfem dah tido, aku berani bet kaki kanan aku.”
Balqis tersenyum. Cord telefon diputar-putar di jari. “Ala, dulu kat UK pun tak layan EPL, takkan la dia nak layan Champs League. Ko nih pun…”
“Itu lah. Ko nih stay up dengan sapa? Darth Vader ke?” Aura-aura senyum Jasmin di Cheras boleh dirasa hingga ke Ampang.
“Yup,” Balqis menjawab ringkas. Terasa pipinya merona merah mengingatkan perbualan sewaktu perlawanan tadi. Jatuh cinta? Danial? Biar betul.
“Oohhhhh, stay up dengan abang Darth Vader sampai 3 pagi! Boleh tahan.”
Balqis memerhati Danial yang sedang menutup lampu dapur. “Perlu ke sebut pasal dia?” ujar Balqis, volume suaranya jatuh seoktaf.
“Sayang, try not to sleep too late.” Tiba-tiba sahaja lelaki itu berada di hadapannya. Kemudian tunduk mencium dahinya.
“What?? Sayang??”
Balqis menjauhkan telefon dari telinga. Wajahnya merah padam. Dia menarik muka melihat respon Danial yang sedang ketawa.
“Oops, mana I tahu kita ada audience?”
Di corong telefon, ketawa Jasmin tidak berhenti. Balqis mengiringi Danial naik ke tingkas atas dengan pandangan mata.
“Sayangggg, whotcha doing??” Gaya Orked dalam Sepet.
Balqis tersengih. Jasmin dan telatahnya. “Ko nih, Jas. Juvenile betul,” komen Balqis, masih tersenyum.
“So, kira nak teman cik abang la ni?”
“Mende pulak? Memasing nak tido pandai-pandai la. Takkan aku nak pi nyanyi lullaby kot?”
“Ish, berjanggut la aku nak dapat anak sedara ek?”
“Haa, mula dah la mengarut tu.”
“Fine, fine. Minah, as much as I’d love to chat, esok aku on-call la,” ujar Jasmin.
“Oh, hehhe. Aku cuma nak tanya, are you still up to bunking together kat Mozambique nanti…”
Diam. Kemudian Jasmin menjerit lagi. “You’re going!!”
Balqis ketawa kecil. Sekali lagi gagang telefon dijauhkan dari telinga.
“Amani!”
Langkah Balqis terhenti. Dia memusingkan badan. Kelihatan Hamzah melambai dari hujung hallway.
“Dengar kata you pergi Mozambique. Betul ke?”
Balqis tersenyum. “Words do spread fast around here.”
“No second thoughts?”
“Insya Allah, no,” balas Balqis, masih tersenyum.
Hamzah tersenyum hambar. “I tak sangka Danial boleh lepaskan you pergi,” tutur Hamzah lembut.
“Dia faham impian I…”
“Well, could we possibly have dinner tonight?”
Balqis terdiam. Kelu kata-kata. “I’m sorry Hamzah…”
Balqis melangkah masuk ke patio. Hairan melihat kereta Danial yang sudah berada di porch apabila dia sampai di rumah sebentar tadi. “Danial?”
Tiada jawapan.
Balqis menuju ke dapur. Kelihatan Danial khusyuk memotong daun bawang dan capsicum. Masih berkemeja pejabat dan berseluar slack. Lengan kemejanya disinsing ke paras siku. Lengkap berapron.
Senyum muncul tanpa diundang di wajah Balqis. Teringat dengan kata-kata Humaira. “There’s something about guys who cook in their work attire…” Right on, tutur hati Balqis.
“Are you just going to stand there and admire me from afar?”
Senyumnya hilang. Balqis menarik muka. Namun hatinya masih digeletek dengan telatah Danial. “Bila yang I admire you? I cuma nak tengok dari jauh, mana tau kot-kot terbakar necktie you tu, boleh I tolong siramkan dengan air,” balas Balqis selamba.
Danial ketawa. “Punyala jauh dari stove. Plus I got this,” tutur Danial, sambil menunjukkan apron yang dipakai.
Balqis tersengih, menggeleng-gelengkan kepala. “It’s ap-ron. Apppp-ronnn.”
Danial menjulingkan mata. “Ingat baby’s bib tadi.”
“You nak join syif masak dengan I ek?” soal Balqis lagi, kali ini merapati kaunter di mana Danial sedang memotong capsicum.
Danial mengangkat muka dari menghadap papan pemotong. Tersengih. “Kalau permanently, alamatnya kita kena stock up microwave food banyak-banyak lah.”
Balqis ketawa. “You kalau tak kayakan Makro memang tak sah.” Dia mencapai sehelai lagi apron di dalam kabinet. “So, what’s the occasion?”
“Heyp,” tegur Danial, segenggam daun bawang ditalakan ke arah Balqis. “Leave the appp-ronnn alone. I masak hari ni.”
Balqis menjungkit kening. “Kalau kita ada tetamu, I won’t mind laa masakkan untuk you,” tutur Balqis lagi.
“Siapa cakap kita ada tetamu?”
“Habis tu?”
“Just you and me.”
Senyum hadir lagi.
“Apa ko ni, makan macam penyu kembung minum air je?” soal Fatin yang melihat Jasmin yang memotong pizzanya ala-ala dalam slow-motion act.
“Ko tak faham, Fat… Lepas ni enam bulan aku tak jumpa Pizza Hut, ko tau?” ujar Jasmin. Pizza digigit perlahan-lahan.
“Haa, bagus sangat lah. Qis pun dah tibai tiga slice, ko baru dok tercangak-cangak habiskan the first one,” komen Humaira pula. Menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah sahabat yang satu.
“Perlu ke kaitkan nama aku dengan ‘tibai tiga slice’?” soal Balqis. “Fatin yang dah licin regular dia tu, ko tak cakap apa pun?”
Humaira sengih.
“Ko tengok tu,” Fatin mengunjuk Balqis kea rah Jasmin. “Buat teruk sangat.”
Balqis ketawa. “Biarla. Kalau kat sana ada microwave dengan pepperoni halal, at least aku boleh homebake kan macam kat King’s dulu. Kalau tak, makan roti naan je laa ko ek, Jas?”
Jasmin menghela nafas. “Oh, Pizza Hut ku…”
“Oh, Sushi King ku…” sampuk Balqis pula.
Humaira dan Fatin terkekeh-kekeh. “Poyo laa pulak, korang ni. Buat malu kaum je…”
“To-do list ko tuh, semua dah settle ke belum?” soal Fatin lagi. “Chik Yol and Chik Fatma turun KL tak?”
Balqis menggeleng-gelengkan kepala. “Aku bajet nak surprise diorang buat IDD dari Maputo je,” ujar Balqis. “You know, like always.” Kening double-jerk.
“Bertuah punya anak. Suka hati je nak terbang suku dunia langsung tak sound dengan mak bapak,” bebel Fatin. “Nasib baik Chik Yol ngan Chik Fatma sporting habis. Kalau anak aku, dah lama kena piat telinga.”
“Yang ko ni pulak, Jas, hal visa dah setel ke? Ngalahkan dokumen PR la ko nih. Indon hape?” soal Humaira pula. Pasport Balqis beserta visa telah dipulangkan semalam oleh Kedutaan Mozambique di Thailand. Manakala passport Jasmin masih mengambil masa untuk diproses.
“Mana laa aku nak tau kalau uncle-uncle Mozambican kat Siam tu nak renung muka aku lama-lama,” balas Jasmin lagi. “Eh, nanti aku nak beli Deuter 6.5 liter tu ok tak? Mana tau ada rezeki pusing Savannah ke…”
Balqis dan Jasmin tersengih.
“Padanlah. Dua-dua hantu backpacking,” komen Humaira lagi. “Bila yang korang nak pi amik vaksin lagi? Untuk Hepatitis nye lagi. Typhoid fever lagi. Ish. Rilek je dok tibai pizza.”
“Mula dah…” gumam Jasmin. “Mode bebel dia dah start dah…”
Balqis tersengih. “Rilekla, Maira. Hep. vaccines are provided untuk staf bila kitorang tiba kat Maputo tu nanti.”
“Ish… Can’t really digest that you guys are really leaving…”
Mereka terdiam sebentar.
“Don’t get pricked,” ujar Fatin tiba-tiba.
Balqis dongak dari mengacau Pepsi. Merawat pesakit AIDS/HIV, insiden tercucuk jarum amat digeruni oleh para doktor dan pembantu perubatan. Balqis dan Jasmin mengangguk perlahan. “Insya Allah. We won’t.”
“And one more thing, Qis.”
Balqis menjungkit kening ke arah Fatin. “Yea?”
“Jangan lupa cakap kat Danial yang ko sayang dia.”
Merek terdiam. Humaira mencuit lengan Fatin, tanda protes. Jasmin pula memperlahankan kunyah. Balqis tunduk melihat cincin di jari.
“Yup, will do.” Senyum.
Hingar-bingar. Mereka ketawa menumpang bahagia.
Rumah banglo di Ampang ceria pagi Ahad itu. Senang hati Balqis melihat bunga bakawalinya hampir mengembang. Hos air ditekan perlahan, agar sedikit sahaja air yang dipancut untuk mengairi pasu bunga itu.
Kemudian dia mencuri pandang ke arah Danial di porch. Sibuk gayanya lelaki itu menggosok-gosok rim Autobavarianya. Chevrolet Balqis telah disabun, hanya tunggu untuk dihoskan dengan air. Balqis tersenyum. Paling tidak tak payah pergi Shell untuk cuci kereta lagi. Not bad.
Hitz.fm memainkan lagu Pinch Me, nyanyian kumpulan Barenaked Ladies. Balqis menahan tawa melihat Danial yang menggoyang-goyangkan kepala mengikut rentak muzik. Bibir lelaki itu pula turut sama menyanyi bersama Barenaked Ladies.
“Put the sprinkler on the lawn
And run through with my gym shorts on.”
‘Put the sprinkler on the lawn, huh?’ getus Balqis. Tanduk mula keluar menunjukkan diri. Sambil tersengih, dia menekan hos sehingga habis, sambil menala ke arah Danial yang terbongkok-bongkok mencuci rim.
“Take a drink right from… What the??!!”
Balqis menahan tawa. Dia menarik senyum segaris apabila melihat Danial mengelap muka dengan hujung T-shirt.
“Oh… Tak perasan ada little devil kat hujung sana…” ujar Danial tersengih.
Balqis menjungkit kening. Dia memalingkan kepala ke belakang, dalam usaha mencari ‘little devil’ yang dimaksudkan oleh Danial.
“Nice try,” komen Danial. Dia menarik senyum malas. Span di tangan dijatuhkan ke dalam baldi.
Balqis tidak dapat menahan sengih. “I thought you wanted to drink right from the hose?” soal Balqis, innocent.
Danial ketawa. “Keje-keje gitu Barenaked Ladies je yang buat, yang,” tutur Danial. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati Balqis di halaman. “So kalau I get even, you tak marah kan?”
“Get even?” Balqis mengangkat hos lagi. “Kalau berani, dekat lah,” ujar Balqis, tersengih.
“Stick and stones may hurt my bones, but that hose will never hurt me,” balas Danial, masih melangkah.
“Oh yea? Watch, I can aim this hose pretty nicely.”
Bermula perang air antara mereka. Balqis menekan hos kepada tahap maksimum. Danial tertunduk-tunduk untuk mengejar wanita itu. Ketawa mereka pecah apabila saling berkejar-kejaran. Kecoh. Nasib baik juga rumah mereka agak jauh dari jiran-jiran lain, dan dinding pagar yang agar tinggi.
“Gotcha!”
Balqis meronta-ronta. Hos paip di tangan hampir terlepas. “Ngelat! Ngelat! Ada ke tuju orang macam nak tackle ruggers je??”
Ketawa Danial masih berbaki. Pegangannya pada pinggang Balqis diketatkan. “Apa ngelat? Sapa suruh you hos air kat I tadi?” soal lelaki itu, wanita di dalam rangkulannya dipusing agar mereka bersemuka.
Balqis maintain muka innocent. “You yang cakap nak minum dari hos.”
“Pandai la,” ujar Danial singkat. Senyumnya masih di bibir memerhatikan wajah isteri dalam pelukannya.
“You kalau main ragbi memang selalu ke peluk ruggers lain lepas tackle diorang?”
Danial sengih. “Taklah. My wife je. Tu pun I tackle cara lain.” Kening double-jerk.
“Your wife main ragbi? Macho jugak ek wife you?”
Sengih lagi. “Very. Macho and cute,” balas Danial. Kemudian dia tunduk untuk melihat baby-T yang dipakai Balqis. Clash dengan baggy sweatpants nya. Kata-kata pada T-shirt Balqis menarik perhatiannya. “’I must be a good girl’, huh?”
Balqis menjungkit kening. Kemudian dia turut membaca caption T-shirt nya. Sengih. “Well, I try.”
“So kalau I kiss you sekarang, would you be a good girl and respond back?”
Climb the stair up to my room
And sleep away the afternoon…
Posted at 04:48 am by sesucicinta
Permalink
Wednesday, April 20, 2005
“I still can’t believe you passed Mozambique up,” komen Fatin, sambil menggeleng-gelengkan kepala, kurang percaya. “Bukan ko ke yang skema giler paksa kitorang filled in the form dulu?”
Balqis tunduk. Teh tarik gelas besar di hadapannya ditenung dalam. “I can’t believe it myself, either,” balasnya perlahan.
Humaira menepuk dahi. “Pulak. Then, what’s stopping you? Come on, babe. Kalau ko malas nak pekkan baju ko tuh, I’m more than happy to do it for you.”
Balqis menjungkit kening. “Ai, eager nampak nak halau aku?”
“Kalau dia tak halau ko, takkan aku nak pi sorang kot, minah?” soal Jasmin pula. “I can’t believe you’re selling out on me, babe.” Jasmin buat muka toya.
Balqis menarik nafas dalam. “Pulak. Ada ke nak buat drama La Usurpadora kat sini? Pernah ke aku sell out kat ko sebelum ni?” soal Balqis pula, perlahan. Teh tariknya masih direnung.
“Kau memang sahabat yang baik, Paloma…”
“Ah, bukan kau tak kenal aku, Alexandra…”
Fatin dan Humaira ketawa terkekeh-kekeh melihat telatah Balqis dan Jasmin. “Woi, wrong soap. Tu bukan citer Cuando Seas Mea ke?” soal Humaira.
“Like I care, ney? Apa pendapat kau, Paloma?” ujar Jasmin lagi, mula duduk menyilang kaki di kerusi. Rambutnya yang panjang diflipkan ke belakang.
“Ada ke Alexandra cakap English?” sampuk Fatin pula.
Balqis menahan sengih. Ada-ada je. “Tepat kata kau, Alexandra. Rambut kau tu iklan Pantene ke, Alexandra?”
“Cut! Cut!” Jasmin ketawa. “Perlu ke buat komen gitu?”
“You guys are too much,” komen Fatin sambil menggeleng-gelengkan kepala. “Bagus sangat la dua-dua ekor ni pergi Mozambique. Taklah sewel sangat aku kat sini.”
“Eleh, sewel tak sewel. Nanti sapa yang malam-malam Skype aku nanti,” tukas Jasmin, mencebik. Fatin sengih. “Ala, tak hip-hop la pergi sorang wei…” sambungnya lagi, sambil memberi muka seposen kepada Balqis.
Balqis tersenyum. Dia menjentik lengan Jasmin perlahan. “My departure depends on Danial…”
Humaira menjulingkan mata. “Oh, since when?”
“Since Qis dah jatuh cinta dengan abang Danial kita,” sampuk Fatin, membuat kening double-jerk.
“No shit,” ujar Jasmin, monoton, nada tidak percaya.
“Uh-huh,” komen Balqis. “No vulgar words, missy.”
Jasmin pula menjulingkan mata. “Fine, if you’re good with synonyms, try this: no feces.”
“Siyot. You’ve gone so much into falling in love with him, and ko tak pernah citer apa-apa ngan kitorang??” soal Humaira pula, matanya membulat.
Balqis menjungkit kening. “Bila pulak yang aku tangkap cintan ngan mamat tu? Ko percaya sangat la dengan Fat tu.”
“Habis tu, sejak bila pulak Danial’ opinion matters, huh?” soal Humaira lagi.
“Sejak I’m actually married to him?”
“Psht,” ujar Jasmin. “Please. What a lameass excuse,” ujar Jasmin lagi.
“Tongue. Watch,” Balqis menegur lagi. Humaira dan Fatin pakat gelak.
“Ish… Tengok la aku balik dari Mozambique dengan Balqis nanti. Kalau tak hafal hadis dua tiga dozen, konfem hafal Suratul Maryam ke, takpun Suratul Muhammad,” tutur Jasmin. “Sebab tu mak aku nak sangat ko pegi ngan aku. Tak baik hampakan harapan orang tua, Qis.”
Balqis pula menjulingkan mata. “Haa, buat main.”
Jasmin sengih. “In love.”
Mata Balqis membulat. “Am not!”
Fatin ketawa. “Lagi nak lawan dengan kepala Argentum minah ni.”
“Hey….” Balqis menarik muka, memuncung bibir. “Oo, ko laa yang kowtim ngan papa aku panggil aku Argentum ye? Setengah dekad aku carik sapa la yang ajar papa aku, ko rupanya!”
“Well, we wise people like to think in the same wavelength,” ujar Fatin, tersengih. “Dah la, Qis. Cinta katakan cinta. Jangan hamba tertanya-tanya.”
Balqis ketawa. “Ko nih. Lagi seram dari ma aku la…”
“Yes or no?” sampuk Humaira.
“Yes no orait ke?” balas Balqis.
“Buat main,” ujar Jasmin, sengih.
Balqis pecah ketawa, kemudian dia melentokkan kepala di bahu Jasmin. “Gi Mozambique jaga diri, okay? Rindu aku, buat collect call je.”
“Mende pulak nak rindu-rindu. Kan kita kongsi base camp nanti?”
Balqis menghela nafas. “Ish, ko nih...”
“No no, I’m serious. Dari dulu ko cakap nak pegi Somalia la, Uganda la, Botswana la. Sekarang offer dah depan mata, aku tak boleh terima bila ko cakap ko tak boleh pergi…” tutur Jasmin, eksperinya serius.
“I am married to that guy, Jas. Aku tak boleh nak suke hati pack baju and blah gitu je…”
“Perlu ke ko dengar sangat cakap dia?”
Balqis terdiam. Perlu ke? Kenapa ya? “I honestly don’t know why…”
“Whoa… Sejak bila Balqis Amani does not know the reasons behind her doings?” soal Fatin perlahan. “Scary weh… Ko memang ‘tersadung’ dah ni…”
“Nasib baik laa ‘tukang nyambut’ dari jatuh nyer pon dah nampak rupa orang… Alhamdulillah…” sampuk Humaira pula.
“Mende korang merepek ni labu…”
“You’ve fallen in love, and you didn’t even realize it.”
“Ish, ko nih… Sayang isteri tinggal-tinggalkan.”
“Masalahnye, dia yang tinggalkan aku.”
Danial merenung jauh ke Bangunan KLCC. Malam itu Balqis on-call. Dia tidak terasa ingin pulang awal dan disambut oleh rumah yang kosong. Walaupun hot chocolate pasti ditah-pau Balqis di dalam thermos, tidak sama seperti menyambutnya sendiri dari tangan wanita itu. Angau tahap max… Apa nak jadi ni?
Teringat perbualan dengan Haris dan Taufik tengah hari tadi. Free kena bang kerana menghalang niat murni isteri sendiri untuk pergi berbakti. Selfish kah dia? Untuk merebut isteri sendiri dari kanak-kanak Mozambique?
Mozambique… Mozambique… Perlu ke kau wujud kat peta dunia ni?
Gagang telefon dicapai.
“Assalamualaikum pa. About the South African branch tu…”
“Bloody French! Balik main dengan MPPJ la woi!”
Balqis mengangguk-angguk kepala. “Kaki lembu hapa Zebina tuh.” Dia menyua cheesecake di tangan ke arah Danial. “Nah, harbour your anger kat cheesecake.”
Danial mengambil pinggan cheesecake dari Balqis, sambil mata setia pada peti televisyen. “Pattaya btol. Apsal tah tak masuk Cannavaro awal-awal,” bebel Danial. “Woi, woi, tengok Zambrotta! Tengok Zambrotta!”
“And abang Ibrahimovic saves the day,” ujar Balqis, apabila melihat pemain jersi no. 9 dari Sweden itu memangkah usaha pemain Liverpool untuk mara. “Orait Baros.. Slow and steady…” sambungnya, memerhati striker dari Republik Czech itu membawa bola.
Danial mengalihkan pandangan dari kaca TV. Dia menatap wajah Balqis yang tenang. “You traitor la, Qis. Ada ke sokong Liverfool tu?”
Balqis tersengih. “You’ll never walk alone,” ujar Balqis, pendek.
“Konon sangat. Tengok la apa Ibrahimovic, takpun Nedved’s wonder foot will do to your Liverfool. Walk laa sorang-sorang lepas tu,” balas Danial, tersengih.
“Eleh, Nedved. Dapat ke bolos Dudek yang macho tu?” soal Balqis kembali, menjungkit kening. “Panggil Liverfool lagi skali, no more cheesecake for you,” ugut Balqis.
“Liverfool.”
“That’s it.” Balqis menggawang-gawangkan jari ke arah Danial. “The price you’re willing to pay for your clumsy Juventus astounds me.”
“Clumsy?” soal Danial lagi, tersengih. “I would so whack you if you were a guy. Nasik baik you my wife. To reprimand you, I have to kiss you.”
Mata Balqis membundar. Serentak itu dia berganjak menjauhi Danial ke hujung sofa. “Tengok je la bola tu! You datang dekat, nescaya Liverpool gol,” ugut Balqis.
Danial ketawa. Dia menarik tangan isterinya ke sisi. “Nak menang punya pasal, I tahan dari kiss you for another 56 minutes,” ujar Danial.
Balqis mencebik. “Konfiden. I say draw. Tapi Liverpool menang aggregate. Amacam? Berani?”
Danial menjungkit kening. “You memperkotak-katikkan Juve I eh?”
Balqis sengih. “Nasib la. You rasa perkotak-katik ke, ayam katik ke, kita tunggu je. I salah, I belanja you tengok final kat Istanbul. Game?”
Danial ketawa. “Mana aci! Kan dah habis selling ticket final?” soal Danial pula.
Balqis tersengih lagi. “Tu yang I berani bet tu.”
“Boleh harap.” Danial menarik muka. Tapi ketawanya meletus juga.
Masing-masing senyap melayan perasaan seketika. Permainan juga turut hambar. Tiada trial-trial yang memberangsangkan dari kedua-dua belah pihak. Danial melunjurkan kaki ke bawah meja. Kepala dilentokkan ke atas bahu isteri.
“Balqis?”
“Hmm?”
“You tahu tak, you’re the first woman yang I jumpa, yang tahu the meaning of ‘offside’?” tutur Danial perlahan.Dia memintal-mintal jari Balqis tanpa sedar.
Balqis tersenyum. “Serious?”
“Serious.”
Diam lagi.
“Mozambique cakap Portuguese. Kat mana I nak belajar bahasa Portuguese kat KL ni ek?”
Balqis menjungkit kening. “Apa mimpi you nak belajar bahasa Portugis ni?”
“Yelah… Nanti nak pergi melawat you senang la…”
Balqis terdiam lagi. Terasa Danial yang mengangkat kepala dari bahunya. Kemudian mata lelaki itu bertemu dengan matanya. “Are you serious?” ujar Balqis perlahan.
Danial tersenyum. Dia mengangguk perlahan.
Posted at 06:07 am by sesucicinta
Permalink
Monday, April 18, 2005
“Cherié!”
Balqis menjenguk dari muka pintu. Kelihatan Danial di sisi Autobavarianya, briefcase dan sepucuk surat di tangan. “Awek mana pulak you panggil ni?” soal Balqis. Dia mengambil briefcase yang disua oleh Danial.
“Heh,” balas Danial, tersengih. “Konon je sekolah kat Nice. Takkan ‘cherié’ pun tak tau?”
Balqis menjungkit kening. Dia menyua cawan berisi hot chocolate kepada Danial. “Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué,” balas Balqis selamba.
“Le comple to-sho for-te what?” ujar Danial, rahangnya ternganga. Kemudian dia tersenyum. “Alright, kalau you nak puji I pun, tak payah la pakai French.”
Balqis ketawa. “Sudah la.”
“Apa you cakap tadi, Qis? Siap lidah belit-belit lagi tu,” soal Danial sambil melabuhkan punggung ke sofa. Surat tadi masih setia dipegang.
“Aik? Kan you hebat cakap ‘cherié’, takkan tadi tu tak paham?” tukas Balqis pula, tersenyum.
Danial ketawa. “Fine, fine. I setakat ambik minor kat uni, mana lah I nak reti sangat. Nak conjugate satu verb pun setengah tahun, lagi nak construct one full sentence macam tu. Sorry to underestimate you. I was just pullin’ your leg. Nak jugak dengar you speaking French,” pujuk Danial lagi.
Balqis menjungkit bahu. “Okay. Dish. Mimpi ‘Eiffel, I’m in love’ ke semalam?”
Danial mengerut dahi. “Please. Karat semacam citer tu. Chickflick habis.”
“Habis tu?”
Danial tersenyum. Dia menggawang-gawangkan surat bersampul putih di tangan. “This was in the mailbox,” terang Danial. “For you.” Surat itu bertukar tangan. “Alamat dia dalam French, so I ingat nak test power la kejap. Mana tau sekali you balas gaya Napoleon Bonaparte,” gurau Danial.
Balqis menyiku perlahan abdomen Danial yang berdiri di sisi. “Ada ke Napoleon? Perut ala-ala abomasom 4 tingkat tu you samakan dengan I? Tak seswai la, Danial,” balas Balqis. Ketawa Danial pecah lagi. “Hmm… UN nyer surat!” Balqis bersuara girang. “Memang laa dalam French, pakcik oi…”
“Kenapa UN hantar surat kat you? Kofi Annan nak ngorat you ke?” soal Danial, sambil menjenguk dari atas bahu isterinya untuk cuba membaca kandungan surat. Balqis ketawa kecil. “Oo, you ada skandal dengan Kofi Annan ya? Apa yang dia ada yang I takde?” soal Danial lagi, berpura-pura serius.
“Em, for one, rambut kerinting uban dia tu macho apa,” balas Balqis selamba. Dia menarik keluar surat dari sampul yang dikoyak sisi. “Bismillahirrahmanirrahim…”
Mereka berdua terdiam sebentar sambil membaca isi kandungan surat. Danial yang berdiri di belakang Balqis turut khusyuk membaca. Tangannya tanpa sedar mengelilingi pinggang Balqis.
“Mission to Mozambique??”
“Danial…”
“You nak buat apa pergi Mozambique ni?” soal Danial kuat, matanya tertancap ke wajah Balqis.
Balqis meneliti surat di tangan sekali lagi. “Health mission kot. Yea, AIDS vaccination mission,” ulang Balqis, pasti.
“In Mozambique??”
Balqis hampir menapak ke belakang. Suara Danial bukan dalam kategori menjerit, tetapi cukup kuat untuk menyakitkan gegendang telinganya. Dia kecut perut. “Yes, in Mozambique,” balas Balqis perlahan.
Hampir terlepas cawan hot chocolate di tangan. Danial menghela nafas. Dia kembali duduk di sofa. “Bila pulak you apply nak pergi Mozambique ni?” soal Danial, sama perlahan.
Balqis menggigit bibir, cuba mengingatkan data-data berkenaan. “Waktu I last year in med school. I isi borang UN medical comrade online,” terang Balqis. “Tak sangka after nearly three years, they finally picked me…”
Danial mengangguk faham. Dia menepuk-nepuk tempat sofa di sebelahnya, mengarahkan Balqis duduk. Balqis akur. “So, are we off to Mozambique or what?”
Balqis menjungkit kening. “Non-medical officer mana boleh ikut, strictly medical personnel picked by UN je..”
“So, no chance of honeymoon-ing there?” soal Danial, tersenyum.
“Unless you want to fight the visa application, which can be pretty tedious, and also the nyamuk-nyamuk yang bakal menyambut kedatangan you,” balas Balqis. “You game?”
“Are you game?”
Balqis mengalihkan pandangan ke arah surat bergaris emas itu semula. “Well, it is something I’ve always wanted to do,” terang Balqis lembut sambil tersenyum.
“What? Vaccinate AIDS-contaminated kids in Mozambique?” soal Danial lagi, turut tersenyum.
“More or less like that.”
“Others dream of vacations in Savannah, shopping trips to Europe, while you, dream of doing volunteer job in Mozambique,” tutur Danial, cuba memahami senario. “My wife, the Good Samaritan,” Danial membuat konklusi, tersenyum.
Balqis memukul lembut bahu Danial. “You made it sound like I’m such a nerd.”
Danial ketawa kecil. “No sayang. I’m seriously proud of you. So kira Mozambique is circled on your calendar la ni?”
Balqis menggigit bibir. “Well, of course it’s up to you. Your say. I ikut apa keputusan you…”
“Kalau I tak kasi, agak-agak you buat apa?”
“Hmm…” Balqis berkira-kira. “Mungkin mogok selama 4 bulan, no dinner for you, no pressed shirt, no more doing your laundry and your dishes,” balas Balqis, tersengih.
Danial ketawa. “4 bulan je?”
“Ye la, mana boleh exceed 4 bulan. The fifth month kan birthday I, nak jugak merasa dapat hadiah dari konon ‘macho guy’ like you,” sambung Balqis lagi, masih tersengih.
“Clever, very clever. Tapi kalau I lepaskan you pergi Mozambique tu, what is my end in the deal?” soal Danial lagi. Dia menjungkit kening, tanda tanya.
“Well, first of all, you have the house all to yourself for the next six months…”
“Seronok sangat ke duduk sorang-sorang?”
Balqis pula menjungkit kening.
“Ye la.. Takde orang nak tunggu I petang-petang dengan hot chocolate, malam pulak gerenti up nasik bungkus je. Baju kena iron sendiri, tengok TV pun takde siapa nak picitkan bahu lagi. So, what’s so nice about being home alone for the next six months?” tutur Danial. “Hmm?” Sengaja mendekatkan dahinya ke dahi Balqis.
Balqis menjulingkan mata. Danial ketawa melihat Balqis yang meronta untuk mengalihkan wajahnya. “Kalau I takde, boleh lah you layan SuperSport tu pagi petang, siang malam. Takde lah orang nak tukar channel kalau game rugby you kat TV,” tukas Balqis pula.
“Jadi kalau I beli TV lagi satu, will Mozambique be off the plan?” soal Danial.
Balqis tersenyum. “Kenapa you beriya tak nak kasi I pergi? Kan boleh cari pembantu nak ironkan baju atau masak?”
“Pasal kalau you pergi, malam-malam tetiba I datang kemaruk nak tengok muka you, macam mana? Lalu Highway ELITE takpun naik bas Intrakota No. 54 tak sampai Mozambique tu, tau?”
Balqis sengih. “Kemaruk konon….”
Danial menjungkit kening. Kemudian dia bingkas bangun dari sofa. Balqis kaget. Takkan merajuk kot? Dilihatnya lelaki itu berpusing mengelilingi meja jepun. Kemudian mengambil beg kerja Balqis yang disandarkan di meja itu. Balqis musykil. Stetoskop di poket tepi dicapai, kemudian Danial melangkah kembali ke sofa.
“You nak buat apa dengan stetoskop?” soal Balqis, hairan.
“Pakai,” Danial mengarah. Balqis akur. Eartips diletakkan di corong telinga. Dia melihat wajah Danial dengan tanda tanya. Danial mengambil end piece dan meletakkannya di dadanya. “Listen. That’s the beat of my heart, right?”
Balqis mengangguk perlahan. Perlahan. Bradycardia ke? Sakit apa?
“Notice how it slows down. The moment I baca surat tu, I rasa jantung I macam dah gugur atas karpet ni,” bisik Danial perlahan. “Imagine kalau you betul-betul pergi. I don’t think I can live…”
“Would it make you feel better if I told you I won’t leave…?”
Danial tersenyum. Kemudian senyumannya bertukar menjadi sengih. Penangan cinta. Takkan kat mangkuk mee tomyam pun kau nak senyum, Danial?
“Woit, mamun ka senyum sorang-sorang?”
“Bergedil ko,” gumam Danial, namun sengihnya tidak mati.
Haris ketawa sambil mengambil tempat di sebelah Danial. Food court OU berpusu-pusu dengan orang ramai yang keluar dari pejabat untuk makan tengah hari. Pagi tadi setelah menerima panggilan dari Haris, Danial bersetuju untuk berjumpa di OU bersama rakan-rakan seuniversiti di US.
“Ko dok angau tentang sapa ni?” soal Haris lagi. Dia memerhati wajah teman sedorm sewaktu di Washington University. Danial bukan kaki berangan. Perempuan hot, terus ayat. Tak pernah lagi dia tengok Danial membuang masa angau semacam tentang seorang perempuan. Kira satu perkembangan menarik.
“Mana ada angau. Tengah concentrate makan mee tomyam ni haa. Sebok laa ko, dawg,” balas Danial perlahan, masih tersenyum.
Haris mencebik. “Concentrate konon. Selalunya bukan aku tak habeh beli food lagi, ko dah pulun licin ke mee tomyam ko tuh? Hari ni aku tengok setengah pun tak sampai lagi,” komen Haris lagi. “Rilek aa dude, ko angau, citer je ngan kitorang.”
Taufik yang baru pulang dari kaunter bersama hot sizzling mee mengambil tempat. “Angau sapa pulak ni?”
“Ni haa. Baru belajar bercinta dengan bini sendiri,” terang Haris. Dia tidak mengendahkan pandangan tajam yang diberikan oleh Danial. “Am I right or am I right?”
Taufik tersengih. “Bagus laa tu, daripada orang lain yang start angau dengan bini ko, lagi haru, dawg,” tokok Taufik. “Seb baik member sendiri, kalau tak, dah kawen tak kawen, aku ayat je!”
“Hampeh ko, Topek. Suke ati je. Bukan ko lagi teruja tengok sesame species ke?” gurau Danial, turut tersengih.
Haris ketawa. Hampir tersembur air bandung dari mulutnya. “Not right, dawg, not right,” komen Haris.
Taufik membuat muka selamba. “Teruja pun tengok ko jugak, Danial. Such a pretty boy, hard to resist.”
Giliran Danial pula tersedak. Hampir makanan tengah harinya tersembur. Merah mukanya mendengar komen sebegitu dari Taufik. “Controversial giler ko nih,” ujar Danial, sambil ketawa terbahak-bahak.
“Doa la aku gitu, karang betul-betul aku jadik ‘bengkang-bengkok’, korang gak yang seram,” balas Taufik. “Bengkang-bengkok aku pun dah anak seorang. Kau ni, kahwin dah setahun, takkan takde morning sickness lagi?”
“A’ah. Kat Seattle dulu cukup bulan mesti ko PMS. Takkan dah kahwin ni takde tanda-tanda mual ke, pening kepayang ke?” tambah Haris pula, ekspresi wajahnya serius. “Tapi tengok perut macam ada gaya dah empat bulan,” tambahnya lagi, sambil menunduk kepala untuk melihat perut Danial di bawah meja makan.
Danial ketawa. “Prengset ko, Haris. Ko tu yang gaya orang pregnant lapan bulan, lagi berani nak sound six-pack aku yang macho nih,” ujar Danial.
“So, apa cerita tentang Balqis? Ayat-ayat power ko menjadi tak?” soal Haris lagi. Kedua-dua pasang mata Haris dan Taufik bertumpu di wajah Danial.
Danial menjungkit bahu. “She’s one tough cookie la,” balas Danial singkat.
“Tu je?”
“Well, semalam dia dapat surat nak pergi Mozambique?”
Haris menjungkit kening. “Mozambique? Apahal? Ada reunion pengakap sekolah dia ke kat sana?”
Danial ketawa kecil. “UN Health Mission lah..”
“Whoa. Stop. Ganas… Intimidating chick you got there, dawg,” tukas Taufik. Dia menggeleng-gelengkan kepala, kagum.
“Tell me about it. She’s so focus, she makes me think so hard about my achievements, dan aku cuma dapat ingat yang aku reti masak nasik je,” balas Danial.
“Dan ngorat anak dara orang,” tokok Haris.
“And that too,” sampuk Taufik, bersetuju.
Danial menjulingkan mata. “What a way to make me feel better. Thanks, dude.”
Haris tersengih. “So bila yang ko nak pindah Mozambique ni? Autobavaria tu ada sapa cop tak?”
“Ai, tak nyempat-nyempat dah nak halau?” soal Danial lagi.
“Haa, membership Kinrara Resort tu pass la kat aku. Selama ni asyik dok praktis sebat lalang je, nak jugak aku praktis tibai bola golf kat club tu,” ujar Taufik, tidak mahu ketinggalan.
“Eh, kalau ko praktis tibai bola golf kat gurun Mozambique tu thrill ape? Smarted giler. Sekali pukul habis pasir masuk mata,” tambah Haris lagi.
“Oi, oi. Nak dengar ke tak story aku ni?”
Haris dan Taufik bertukar sengih.
“She’s not going to Mozambique.”
“Laa… tadi beriye, nak book tiket kapal terbang la, apa la, nak jual saham bagi kat member-member la,” tukas Haris. “Habis tu tak pergi Mozambique, ke mana? Ghana pulak ke?”
Danial tersengih. “No, she’s not going for good. She’s staying.”
Mata Taufik membundar. “Dia lepaskan peluang seumur hidup oleh UN, so that she could be with a dawg like you?”
Danial mengangguk, masih tersenyum. “Basically, yes.”
“Patutla angau semacam….”
Glossarri
French term.
Cherié – dear.
Le vrai est trop simple, il faut y arriver toujours par le compliqué – the truth is simple, but we always find it out the complicated way.
Posted at 06:39 pm by sesucicinta
Permalink
Saturday, April 16, 2005
Assalamualaikum,
First of all, sorry for the long-overdue update. Waktu abah datang, dia ajak pusing Florida Keys. Teringin nak pergi mincing, katanya. Konon je boleh mancing. Lepas tu ada laa daughter-dad bonding session kan, and he reminded me of my duty sebagai pelajar yg pakai duit M’sian taxpayers dtg jauh2 nih… Insaf kejap… Buried myself into books, cuz kebetulan ada test (boleh ke waktu exam je bukak buku? Hampeh tak hampeh saya nih…). I’m sorry to leave you guys wondering about my disappearance. Tak bermaksud pun gitu…
Thanks Hlovate, dear. ‘Ain’t No Mountain High Enough’ mmg my groupis song. You read my mind, dear. Now I plakk dedicate lagu ‘Hold Me Down’ by J. Lo to you. Ok? J. Lo pon J. Lo la kan…
Laling Azaren, missin ya so !
Anis, hoho. Tak tau ler nak komen apa tentang ‘Kau Yang Satu’ tu. Dah lama tak revise balek. Citer ‘untitled’ ni sebenarnya based on somebody’s personal experience, somebody who is close to me, yang cuma ditokok-tambah oleh penulis murahan seperti saya. Apa-apa persamaan tu sebenarnya takde kaitan pun dengan yang telah meninggal dunia, atau pun yang pasti jugak akan meninggal dunia suatu hari nanti. Am sorry kalau takleh buat citer up to your expectation…
Kak Kaie, Kak Alzun, Ucik, Auntie Fasha, Pelangi, Spide, Nad, gimmie, Yan, Shah, Shila, and the rest of tagboarders, here’s another one. Forgive my absence… Sayang korang…
Balqis terkocoh-kocoh berlari ke ruang tamu. Pagi-pagi buta ni pun dah menjerit ke? “Apahal?”
“Tolong,” ucap Danial ringkas. Dia terkial-kial cuba melipat sampin.
Hampir terjatuh rahang Balqis. Dahlah berbaju Melayu, nak bersampin jugak? Apa mimpi mamat tu semalam?
“La, apa cegat situ? Tolong laa I,” rengek Danial.
Balqis tersengih. Dia menghampiri Danial. Baju melayu biru metallik dan sampin kain pelikat berona sama. “Okay, okay.” Tangannya mencapai hujung kain pelikat. “You nak pergi nikah lain tak sound I ya?”
Danial ketawa. Dia memerhati tangan Balqis yang ligat mengikat sampin. “You teringin nak naik pelamin lagi sekali ke?”
“Ish, tak kuasa. I tak tertidur atas pelamin hari tu pun dah kira bertuah,” balas Balqis. “So betulla you nak pi nikah lain ni ek?”
“Doa la gitu. Karang betul-betul I pegi nikah kat Siam, you jugak yang terkedu,” gurau Danial.
“Mana ada terkedu. I doakan you bahagia la,” balas Balqis selamba. “Siap. Apa mimpi handsome semacam hari ni?”
Danial tersengih. Semenjak dia ‘menggertak’ Balqis tempoh hari, wanita itu tidak lagi bertudung di hadapannya. Dia mengelus perlahan rambut Balqis. “So, you mengaku lah I handsome ni?”
Wajah Balqis merona merah. Dia melarikan pandangan ke tingkap. “Start dah…,” gumam Balqis. “Turunkan sikit level perasan tu a notch or two, buleh?”
“Denial is such a horrible place to live in, Balqis Amani.”
Balqis menjulingkan mata. “Too much la you ni. Asyik-asyik skrip sama je.” Dia menjentik jari Danial yang mencucuk-cucuk pipinya. “Cakap la you nak pergi mana.”
Danial sengih. “Care jugak you pasal I, ek ?”
Balqis menjungkit kening. Kehilangan kata-kata.
“Hari ni papa dengan I nak pergi melawat Darul Kifayah kat Rawang tu,” terang Danial. Dia masih membetul-betulkan sampin.
“Darul Kifayah orphanage kan?”
“Yup. Diorang salah satu badan yang company papa support. Papa cakap dia rindu nak turun sana. Kebetulan hari ni hari penyampaian hadiah. Papa dengan I dijemput untuk menyampaikan hadiah.”
Balqis tersenyum. Dia melihat jari Danial yang terkial-kial membetulkan helaian rambut di celah songkok. “Oh. So sweet of you and papa,” balas Balqis lembut. “Kalau I cuti, I pun nak ikut.”
“Sekarang you baru tau ke your husband ni memang sweet?”
Balqis menjulingkan mata.
Danial ketawa. “Alright. Takut lewat nanti, kena pergi jemput papa.”
“Pak Cik Kamil tak kerja ke hari ni?” soal Balqis, merujuk kepada pemandu Dato. Salleh.
“Hari ni kami pergi berdua je, yang. Tak payah lah bawak escort semua.”
Balqis mengangguk faham. Dia mencapai briefcase Danial di atas meja jepun dan diserahkan kepada lelaki itu. “Drive safely.”
“You too.” Danial menyambut beg dari tangan Balqis. Sempat dia memberikan kucupan di dahi isterinya. Mata Balqis membundar. “Try not to miss me too much.”
“Okay, let’s play 20 questions.”
Balqis menjungkit kening. “Pulak dah. You ni kacau konsentrasi I nak makan my rojak sotong la.”
Danial ketawa. “Ala, bukan soalan tahap phD nuclear science. Just basic questions. Boleh?”
Balqis mengambil tempat duduk di salah sebuah bangku yang menghadap ke arah sungai. Dia menyuap ketulan sotong ke dalam mulut. “You nak tanya I soalan apa? Ilmu Alam ke Ilmu Hisab?”
Danial ketawa lagi. “Gila klasik la bahasa you, Balqis! Gaya sekolah zaman jepun doulu-doulu. I dulu belajar Alam dan Manusia je, takde Ilmu-ilmu alam perwira nih.”
Balqis sengih. “Ni kerja papa I la. Mentang-mentang I tak pergi sekolah rendah, dia main taram ajar BM utara kat I.”
Danial tersenyum. “Gotcha. Okay, first question: Dulu kecik-kecik you sekolah kat mana?”
Sengih lagi. Dia mengunyah rojak perlahan-lahan. Apabila Danial mengajaknya makan malam di Morib selepas Maghrib tadi, dia menerima. Selepas dinner, ‘dessert’ di tarh-pau dan mereka berjalan-jalan mengambil angin di tepi pantai. Kelakar juga memikirkan apabila dirinya dan Danial tidak lagi bertukar-tukar perlian. Ralat, tapi dia redha dan menerima perubahan itu.
“Hello, calling for space cadet Balqis Amani.”
Balqis tersengih. “Tadika Abim Taman Bunga Raya, Sungai Petani.”
“Lepas tu?”
“Sebok. Tanya soalan gaya Jason Bourne* je,” balas Balqis. Dia menjelirkan lidah, mengejek.
Danial ketawa. “Suka hati la. Awak tu isteri orang, suami tanya kena jawab tau.”
“I plead the fifth*,” ujar Balqis, masih tersengih.
Danial menjungkit kening. Kemudian dia tersenyum nakal, sambil membuat kening double jerk. “Let’s see if you’re still pleading the fifth kalau I geletek you.”
Mata Balqis membundar. Senyumannya hilang. Plastik rojak sotong dicengkam erat dek refleks yang begitu hebat. “Don’t you dare, Danial,” tutur Balqis, monoton.
“So, you’re ticklish, huh?” soal Danial lagi, sambil memberikan senyuman malas. Dia mencapai tangan Balqis di sisi.
Balqis mengangguk-anggukkan kepala, laju. “Very. So kalau you tak nak buat lawak sarkas kat sini, jangan geletek I,” ujar Balqis, memberi amaran.
“Habis tu jawab la soalan I.”
“Fine, fine. 1st sampai 3rd grade dekat Wallisellen International School, Zurich. 3rd sampai 6th dekat ISN, Nice. 7th sampai 8th dekat Sabis, Jordan. Form 3 sampai form 5, SMAP Labu. A-levels dekat Sunway. Then degree dekat King’s College. Puas hati?”
“Fuh. Talk about being a third-culture kid*,” balas Danial, menggeleng-gelengkan kepala. “Lupa pulak papa bekas ambassador.”
Balqis mengukir senyum. “Takde third-culture pun. I think I’m still fully Malay…,” balasnya lembut. Dia melempar pandangan ke arah laut yang kelam, cuma kelihatan lampu-lampu kapal yang berbalam-balam. “I tak cukup Melayu ke pada pandangan mata you?”
Danial tersenyum. “Are you kidding me? I think you are more Malay compared to those yang dari lahir duduk kat Malaysia. Contoh terdekat, I,” ujar Danial, membawa suasana humor. “Nama pun konon mat saleh celup, belum lagi dengan BM yang kayu dan tatabahasa lingkup. It’s a wonder macam mana my SPM boleh A1.”
Balqis ketawa. “Tau, takpe.”
“Oh, pandai sangat kenakan I ek? But really, Balqis. First time I nampak you kat rumah opah hari tu, I tak sangka you UK graduate, apatah lagi doktor,” sambung Danial.
“Oh, part yang datang rumah orang tak reti bagi salam tu ke? Didn’t anybody tell you, tak baik renung anak dara orang?” balas Balqis, tersengih.
“Balqisssssssssssss,” rengek Danial. Dia menguis sedikit pasir ke dalam sandal Balqis. “I’m trying to prove a point here!”
Balqis segera memukul bahu Danial. Danial mengaduh, tersengih. “Perlu ke timbus sandal I dalam pasir macam tu?”
“Habis tu, you asyik sakat I je!” rengek Danial lagi.
Balqis menjulingkan mata, tersenyum. “Crybaby.”
“Am not.”
“You are.”
Danial menarik muka.
Balqis tersengih lagi. “Okay, okay. Your point tadi?” ujar Balqis, memujuk.
Danial kembali tersenyum. “My point, I’ve never seen another Malay woman more enticing and beautiful, inside out, than you, Balqis Amani.”
Balqis tunduk. Dia pula menguis pasir ke dalam Sandal Nike Danial. “Mula dah Don Juan ni…” gumamnya perlahan, yang disambut dengan ketawa Danial. “Okay, next question,” ujarnya pendek. Pandangan matanya dilarikan dari wajah Danial.
Kain buruk yang ditinggalkan di atas meja studi dicapai. Radio Hitz.fm memainkan lagu Disco Inferno nyanyian artis Hip-hop 50 cents. Balqis tersengih mengingatkan memori lagu itu. Ketika masing-masing sibuk dengan GP license exam, Jasmin telah memuatturun lagu tersebut dari internet. Pada masa itu, album terbaru 50 cents ‘The Massacre’ belum lagi keluar di pasaran. Jasmin sibuk menarik tangan rakan-rakan lain yang sedang bergelumang dengan buku untuk menari di ruang tamu rumah mereka.
“Lil mama, show me how you move it.
Better yet, put your back into it.”
Buku-buku kulit tebal dicapai dari rak. Sambil tangannya ligat mengelap kulit buku tersebut, Balqis menghayun pinggul mengikut rentak muzik. Teringat dengan dance step yang mereka cipta sewaktu zaman gila-gila di UK.
“Do your thing like it ain’t nothing to it.
Shake, sh—sh—shake that *beep* girl!”
Balqis ketawa perlahan. Rindu dengan telatah Jasmin.
“Go, go, go 50 in the house
Bounce, y’all already know what I’m about
The flow sounds sick over Dre drums nigga
I ain’t stupid, I see Doc and my doe come quicker.”
Balqis menggeleng-gelengkan kepala. Tidak sangka lirik lagu itu masih dihafalnya. Habis buku-buku dilap sambil menari-nari perlahan mengikut rentak lagu. Kemudian dia menuju ke arah tingkap. Hendak menukar langsir.
Lagu Hold Me Down nyanyian Jennifer Lopez pula berkumandang di udara. Balqis tersenyum. Hitz-fm betul-betul membaca fikirannya pagi itu.
“Now you’ve been holding me down
For such a long time now
From back then to now in my story
Straight from the hood
You’ve always been there for me.”
Balqis menyanyi-nyanyi kecil mengikut lirik. Tangannya ligat membuang cangkuk dawai dari rel langsir.
“You don’t know how much you mean to me
Whenever you’re down you know that you can lean on me
No matter the situation
Boy, I’m gonna hold you down.”
“Now my loyalty will always be with you
If you just promise me
That you’ll stay real
Cause baby you don’t have to change.”
Tangan Balqis terkaku di rel langsir. Fikiran bercelaru, sama ada ingin berpaling untuk menghadap ‘penyanyi duet’ a.k.a. Fat Joe nya yang berdiri di belakang. Balqis menelan liur. Melodi lagu itu umpama seolah-olah tenggelam bersama air liurnya ke esofagus.
“Eh, nyanyi lah lagi.”
Balqis berpaling. Mukanya merah. “How long have you been standing there?” soal Balqis monoton terhadap Danial yang berdiri di muka pintu.
Danial menarik senyum segaris. “Long enough.”
“Bukan you kena pergi servis kereta ke?” soal Balqis lagi, tergagap. Hampir terjatuh kain buruk dari tangannya.
Danial tersengih. “Laa, takkan pergi servis kereta setahun kut?”
“Apsal tak bagi salam?”
“Dah la. You tu yang pasang radio ala-ala boombox kat Zzouk,” balas Danial, masih tersengih. Dia menyandarkan badan pada bingkai pintu sambil memerhati isterinya yang masih tercegat di atas kerusi di tepi tingkap. “Oo, you nak bukak club ek rumah kita ni?”
Balqis menarik muka. Dia melemparkan kain buruk ke arah Danial. Lelaki itu menyambutnya cekap sambil ketawa. “Terer you grooving lagu 50 cents tadi? You belajar mana?”
Muka Balqis merona beberapa ton merah. Merah jambu, merah saga, mata merah, lengkap segala. “Kelas tarian inang,” jawabnya ringkas.
Mata Danial membundar. “Tarian inang? Ada ke lenggok-lenggok gitu dalam tarian inang?”
“Sebok je. I don’t know what’s scarier, the fact that you even know what tarian inang is, or the fact you hafal lagu J. Lo,” balas Balqis, mencebik. Dia melangkah turun perlahan-lahan dari kerusi.
Danial tersengih. Dia merapati Balqis di kaki katil. “Eleh. You tu siap rapping lagu 50 cents lagi,” tukas Danial pula. Dia ketawa melihat wajah Balqis yang hampir naik suhu lagi 2 darjah celcius dari normal. “Klass la ada isteri terer rapping. Kalah Eve*, takpun Missy Elliot.”
“You ni nak kena debik dengan I ni…”
“Hush,” ujar Danial singkat. Dia mengunjukkan jari ke arah radio. Lagu ‘Hold Me Down’ hampir ke penghujung. Terdengar suara Jennifer Lopez dan Fat Joe bersatu. Ditambah remix oleh Danial.
“You don’t know how much you mean to me
Whenever you’re down you know that you can lean on me
No matter the situation
I’m gonna hold you down.”
Usai nyanyian, Danial memaut dagu Balqis. Pipi wanita itu dicium lembut. Untuk kesekian kali, Balqis tertunduk malu.
Glossari
Jason Bourne – watak yang didukung oleh Matt Damon yang chumel dalam filem The Bourne Identity. Dalam citer ni, mamat ni berlakon sebagai seorang agen FBI
‘Plead the Fifth’ – legal terms yang memberi maksud ‘the rights to remain silent’.
Third Culture Kid/TCK – term yang diberikan kepada bebudak yang dok pindah randah sampai identiti bangsa/keturunan dia bercampur-baur dgn identiti bangsa lain.
Eve – penyanyi hip-hop perempuan, selalu menjadi artis remix/feat untuk Gwen Stefani.
Posted at 05:55 pm by sesucicinta
Permalink
|