<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, May 22, 2005
Random Thoughts .

Assalamualaikum warahmatullah...
Sorry to disappoint your mailbox with the update alert, to find out it's just me trying not to sound too bored. :D Alhamdulillah, finals pun dah abeh, and insya Allah, kalau takde aral, I'd put up another story, macam yang Hlovate ckp: Nawal's side of the story. Originally, the idea was suggested by Kak Eita, the wonderful writer of Kasih Seharum Lavender. Thank you, akak. Go over her blog and read her kick-ass stories. :)

Thank you for the well-wishes and prayers.. Alhamdulillah , berkat doa korang , finals has come and gone like a breeze! God bless you readers' pretty souls...

And the feedbacks:
Nadya ~ The way I see it, I agree with you. Mungkin tak banyak Malays go on charitable trips and voluntary missions pasal takde kesempatan, or peluang. In Malaysia pon, non-profit organisations such as Mercy tak diberikan banyak publisiti. But I guess if there's a will, there's always a way, right ? :)

Jaja ~ alamak , diabetes ? Mellitus ke Insipidus ? Muehhehhe ... Pakar2 bab jiwang nih Hlovate je ... Me masih amateur maa ...

Kak Alzun ~ new story ? Your wish is my command... *Grins*

Kak PinkJambu ~ amin to that . hehhe... Semoga akak and other readers bahagia di samping beloveds too . :)

Kenchi ~ nak adjust fatin and jeffri ? Insya Allah . Muehhehe, gaya bukak agensi carik jodoh laa pulakkk . Milan rules ? Guess I can't say much, right ? Huhu ....

Shira ~ great job with your French . *winks* . And thank you, dear.

Oliveoyl ~ waalaikumsalam ... The caption/bits as the footer was a part of my jumbled thoughts, and yes, it was written by me. :)

And to others, thank you for still sticking by. Insya Allah, tak lama lagi, as soon as Hlovate finishes with her Ked's part, ada laa update nye ... :)

Posted at 10:57 pm by sesucicinta
Comments (7)  

Tuesday, May 10, 2005
Episod 16 ~ Season's Finale

Assalamualaikum warahmatullah,

Finals, finals, finals! I’m half-dead here! On a brighter note, tak lama lagi summer break! Maaf kerana membuat semua tertunggu-tunggu. This is not the most brilliant finale ever, tapi dek biochem dan pharmaco notes yang bertimbun-timbun atas meja, sindrom writer’s bloc pon datang.

Kepada semua, terima kasih tidak terhingga (gaya bagi speech kat skolah laa plak… Hehhe…) kerana sudi membaca e-novel berjudul ‘untitled’ ni. I feel so retarded, ada ke buat citer takdak tajuk? And right on to those who guessed correctly, mmg Danial pergi carik tiket final Champs League kat Ebay. Winners get err, hehhe… Gi claim prize dgn UEFA, leh? =P

And happy mother’s day to all mothers, mothers-to-be, and blessed spirits of those mothers who have joined Allah in the afterlife. 

Before I end this with a sappy note, all kemusykilan @ tak pueh hati @ misinformation sila email kan kepada rynnster_eau@yahoo.com.

And dear readers, silent or vocal, Hadiah sayang banget dengan korang… God bless. =)

 

N/B – Kebanyakan dialog entry ini dalam bahasa Inggeris, untuk menyesuaikan dengan situasi. Maaf kalau menyinggung mana-mana pihak…

 

Matahari membahang di atas kepala. Tetapi Balqis masih terasa segar dari midafternoon showernya. Dia melihat kanak-kanak yang berpusu-pusu berlari ke dewan makan sekolah, yang letaknya serelung dari klinik. Sekali imbas, Jisu, letaknya lebih kurang 20 kilometer dari base camp di Maputo, tak ubah seperti Chuping. Bahangnya sama, damainya sama, cuma minus the paddy field.

 

Sister, you look pretty today.”

 

Balqis tersengih. Kepala kanak-kanak lelaki itu diusapnya. “Good one, Moses. But still only two cookies for you.

 

Wajah Moses jatuh. “Sister… I help you bake tomorrow?

 

Balqis menjungkit kening. “You sure? You won’t be able to play at the field then.”

 

Moses mengangguk laju. “Yes.”

 

Alright, run along now. Or else you’d miss your lunch!

 

Kanak-kanak itu tersengih, kemudian turut berlari ke dewan makan bersama-sama rakan-rakan yang lain.

 

Lady, can I help you bake too?

 

Balqis memusingkan badan, kemudian ketawa kepada empunya suara. “Tiko, you want more cookies too?

 

Tiko, pemandu klinik itu turut tersenyum. “Of course. My wife asks for recipe, but I forgot to take it from you. She invited you and Jasmin for tea tomorrow.”

 

Sengih. “Aww, Victoria invites us for tea every week, Tiko. I feel so bad. I promise, once we’re settled in the new quarters, I’ll cook up a feast.”

 

Lady, if I weren’t already married, I would ask your hand for marriage,” ujar Tiko. “Or maybe my son would.”

 

Tiko, I told you I’m married,” balas Balqis, tersenyum. “You are very sweet, Tiko.”

 

“A good husband wouldn’t let his wife go away for such a long time.

 

Balqis menjungkit kening. “Oh, now you’re saying you don’t like my company?”

 

Tiko ketawa. “Balqis, no, no. Child, you always confuse my words.”

 

 Balqis turut tersengih. “He’s a good guy, Tiko. I wish you could meet him someday. He knows I love doing my job,” tutur Balqis perlahan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke wajahnya. “You will like him, Tiko.”

 

Tiko memerhati wajah wanita Asia di hadapannya. Semenjak kedatangan wanita itu dan rakannya, kampung itu lebih ceria. Jasmin dan Balqis, masing-masing ringan mulut untuk bersembang dengan warga kampung. Walaupun dengan bahasa Portugis yang merangkak-rangkak. Kehadiran mereka bukan sekadar medical officer di kampung itu, malah sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah rendah berhampiran.

 

Kadangkala Tiko hairan. Setelah suku abad bekerja sebagai pemandu di klinik itu, itulah kali pertama wanita Asia berjaya menjejakkan kaki ke bumi Jisu. Selalunya sukarelawan-sukarelawan yang sampai hanya berketurunan Eropah atau Amerika. Balqis dan Jasmin berbeza sekali. Walaupun panas membahang, pakaian tetap sopan. Walaupun bahasa Portugis tunggang-langgang, masih cuba berbicara dengan yang lain. Walaupun kanak-kanak lain kotor, mereka dipeluk dan dibelai seperti adik-adik sendiri.

 

Tutur kata dijaga, adab sopan dibela. Agaknya inilah kelembutan wanita Asia yang disebut-sebutkan.

 

Your husband must be a very good man. You love him very much, yes?

 

Balqis tersenyum. Hatinya tersentuh apabila ditanya begitu. “Yes, I do.”

 

 

Jadud, stop pulling the feathers off. I’m going to make you buy me a new featherduster if you keep doing it,” Balqis memberi amaran. Bulu-bula ayam yang berserakan di atas meja dikutip.

 

Jadud, pembantu perubatan berbangsa Negro dari Brooklyn tersengih. “I’m bored, Qis. Kill me, babe.

 

Balqis tersengih. “I’d be glad to plant this scalpel into your thorax.

 

Jadud ketawa. “Ouch, babe. A way to go and stab my heart.

 

Senyum. Syringe-syringe di dalam kotak dipindahkan ke dalam peti kecemasan. Sterile bandage turut disumbat sekali. “Why don’t you go and do the counts on penicillin or something?” Dia memukul tangan Jadud yang tidak berglove dari menyentuh syringe. “Hands off my syringe, man.

 

Qis, I wanna watch some pornnnnnnn.

 

Balqis ketawa. “Right after your Friday prayer, or is it before?

 

Jadud turut ketawa. “Ouch, ouch and ouch. Malcolm X wouldn’t have said it better.

 

Well, I figured Gambini wouldn’t be too thrilled to find out you tuning in to Playboy Channel on his satellite dish, dude,” tutur Balqis, merujuk kepada ketua jabatan hospital di kampung itu.

 

Oh, would he be thrilled if we switch to ESPN instead? I heard Milan is so going to kick Liverpool’s ass, y’all.

 

Hey, no dissing my Liverpool leading men, okay?” tutur Balqis, dia menala syringe ke wajah Jadud.

 

Jadud sengih. “You Brits are too much. Now, Giants are IT, Qis. I tell ya, you’re gonna hook up with American Football fine, girl. Now, this is the real sport for men.

 

Balqis ketawa. “Do you realize you’re not making any sense with your grammar, dude? Even my first graders know not to put ‘it’ and ‘are’ in the same sentence,” gurau Balqis. “And typical Yankee you are. Oh, my bad. Isn’t that the rounders team or something?

 

Jadud ketawa berdekah-dekah. “It’s baseee – balll. Sheesh, Yankees are so gonna whip yo’ ass, girl.

 

Save whipping my ass for later. Can you please check on Jas before she gets the thread up in a bundle and choke up on it?” ujar Balqis, tersengih. Dia menuding ke arah Jasmin yang sedang menjahit luka seorang lelaki tua di sudut bilik.

 

Damn. I saw her knots the other day, I thought she’s trying on cross-stitching on the poor dude,” tutur Jadud. Dia bingkas bangun menuju ke arah Jasmin.

 

Balqis ketawa lagi. “I’m telling! Jas!

 

Lapan minit berlalu.

 

Yeah, right. Cross-stitching, huh? Then what are these? Knitting?

 

Jasmin ketawa. “Right on, babe.”

 

Jadud menarik muka. Terkial-kial jarinya cuba untuk mematikan jahitan luka lelaki itu. “Lack of practice, that’s all,” ujarnya, yakin.

 

Yeah? Move big guy, let the lady handles this job,” tutur Jasmin, sambil menolak Balqis untuk duduk di kerusi di hadapannya.

 

Balqis menggeleng-gelengkan kepala. Dia mengambil hujung benang dari tangan Jadud. Surgical knots, sekelip mata, siap. Lelaki di hadapannya menarik nafas lega. Mereka tersengih.

 

Pesaroso,” tutur Balqis, tersenyum.

 

Sebaik sahaja lelaki itu beredar, Balqis menjeling ke arah sahabat-sahabatnya. Tersenyum.

 

Jasmin ketawa. “Itu material zaman bila-bila ntah. Mana aku nak ingat maa. Ko kan terer jahit-menjahit ni. Jahit luka, jahit kain, jahit butang.”

 

There ya go. That alien language again. Go on, just pretend I’m not here.

 

Jasmin dan Balqis serentak ketawa. “We love you too, big guy,” tutur Jasmin.

 

Jadud tersengih. “What I would do without you guys?” Dia mengemas jarum, benang, bandage, botol antiseptic dan Novocain di atas meja. “Wanna jet off to Istanbul this weekend? I wanna check out the Garcia dude you’ve been salivating over.

 

You? Volunteering yourself to go to a football match?” soal Jasmin, menjungkit kening. “What happened to your Giants?

 

Seasons playoff sucks. I reserve my adrenalin for finals,” terang Jadud. “Well, what say you, Qis?

 

Balqis tersenyum. “Gotta take the raincheck.

 

Jasmin menyiku Jadud.

 

What did I do?” komplen Jadud.

 

Jasmin menjulingkan mata terhadap Jadud.

 

You know what? Let’s camp in front of the TV this weekend. We’re gonna rock Istanbul right here from Maputo.

 

Mereka tersenyum.

 

 

Dia membuang pandang ke padang. Kanak-kanak bermain kejar-kejar. Dia tersenyum. Di Nice dahulu kejar-kejar bukan agenda. Kanak-kanak perempuan bermain solek-solek atau Barbie dolls. Balik ke Malaysia setahun sekali, Balqis hampir cultural shock. Mujurlah Jeffri sepupu dan sahabat setia. Dengan Jeffri lah dia berkenalan dengan kanak-kanak kampung yang lain. Meredah semak, terjun ke tali air, memanjat bukit di hujung kampung, bermain guli dan gasing. Rindunya pada Chuping membuak-buak.

 

Fikirannya menerawang pula ke Ampang. 14 hari and counting. Terasa dari hari ke hari, hatinya semakin digigit sepi. Rindu dengan gelak ketawa lelaki itu. Dengan gurau-senda yang tidak pernah putus. Jodoh mereka selama setahun, banyak pahit dan manisnya. Namun pahitnya tenggelam dek rindu yang begitu kuat. Sayangkah dia dengan lelaki itu? Sayang, namun tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

 

“Balqis?”

 

Knots again?” Dia bingkas bangun dan menuju ke dalam klinik.

 

Jasmin tersengih. “Sorry la sayang. Agaknya waktu kelas surgical knots dulu aku ponteng aa. Tu sampai sekarang ilmu tak berkat tak lekat kat kepala.”

 

Susah sangat ko simpul pengakap je la, Jas,” balas Balqis. “Aku nak layan blues pun kacau la ko nih.”

 

“Layan blues ek?”

 

“Hmm…”

 

Masing-masing terdiam. Selepas selesai menjahit kening kanak-kanak yang terjatuh tadi, Balqis berlalu ke stor. Ingin mengambil antiseptic yang hampir habis.

 

“Qis!”

 

“Ko nih, apahal,” gumam Balqis seraya berlari-lari anak keluar dari stor. “Kenapa?”

 

Jasmin yang berdiri di muka pintu tersengih. “Err, erm. Aku rasa tak payah lah ko join kitorang tengok final kat rumah Gambini nanti…”

 

Balqis menjungkit kening. “Aik? Aku lupa book tiket ke beb?”

 

“Eh, tak aih. Nanti ko bukan busy ke weekend nih?”

 

“Eh eh. Ko tak sudi ke aku tengok finals dengan ko?” soal Balqis kembali. “Ye lah, aku tak berebutlah Garcia tu dengan ko.”

 

“Eleh, tak berebut konon. Agaknya ko tu yang beriya pegi ngorat Garcia kat Istanbul nanti…”

 

Balqis menjungkit kening.

 

Over my dead body.”

 

 

Sangat cantik. Baju Morocco bertanah maroon dengan selendang warna sedondon. Betapa dia merindui wajah perempuan itu.

 

Over my dead body,” tutur Danial yakin. Dia melihat wanita di hadapannya kaku tatkala mendengar suaranya. Danial menelan liur. Resah akan reaksi wanita itu.

 

Perlahan-lahan Balqis memusingkan badan ke belakang untuk menghadap Danial.

 

I’d be willing to treat you to Istanbul, on one condition, you have to be by my side, all the time. No sneaking off for a date with some hotshot midfielder,” sambung Danial, tersenyum. Geli hati melihat wajah Balqis yang terkejut.

 

“Danial…”

 

“Nasib baik you ingat nama I. That’s the only password required for you to win these.” Danial mengunjukkan sampul surat bercetak logo Ebay di atasnya.

 

Perlahan-lahan Balqis mencapai sampul surat itu. Content: UEFA tickets. FedEx Air Mail. “I thought dah sold out…”

 

Ebay and its magical ways…”

 

Ebay? Auction? Mesti mahal tahap kambing aa!” celah Jasmin, yang terdiam dari tadi. Dia mengambil sampul surat dari tangan Balqis. “One lucky lucky babe. Ko memang datang gila, Danial…”

 

Crazy for love,” ujar Danial. Matanya dan Balqis bertembung.

 

Jasmin tersengih. “Oh, ok. Itu sign aku untuk blah, kan?” soalnya.

 

Danial ketawa, namun matanya masih memfokus ke arah Balqis.

 

I’m off, people.”

 

Diam.

 

Am I dreaming, Danial?” bisik Balqis.

 

Danial menarik senyum segaris. Dia melangkah untuk berhadapan dengan Balqis. “No. The sun’s still shining outside. See?” tuturnya, sambil menunjuk ke arah tingkap.

 

“Kenapa…”

 

To get back into the heart of the woman I love…

 

“Danial…”

 

“The visa was a nuisance, I agree. Nasib baik bila pa faxkan surat relocation dari Madinah ke Mozambique Embassy, they let me off after a week.”

 

Relocation? Danial?”

 

“Uh, huh. Then Ebay pulak letak 10-day policy. I pun tunggu lagi. Hari-hari I doa supaya you tak give up tunggu I. Dah sampai the tenth day tuh, baru sampai. Itu pun nasib baik Chu ada, so pakcik posmen tu pass kan dekat dia. You were saying?”

 

Balqis terpana. Relocation? “Relocation? Ke mana?”

 

“Oh, I didn’t tell you? Sekarang I’m the new Operative Manager dekat Johannesburg’s division.”

 

“Danial?”

 

“Hush,” suara Danial berubah nada. Bisik romantis. Dia meletakkan jari ke bibir Balqis. “I’m sorry, sayang. Coward, I was. Hati I turut sakit mengingatkan bagaimana I tinggalkan you, lukakan you. I’d never do that again, Balqis. I promise…

Relationship should be based on trust. I don’t trust myself around you, sayang.”

“I tertunggu-tunggu. Waiting for the words I’ve been wanting to hear so much from you. Tapi I harapkan sesuatu yang I sendiri tidak pernah ucapkan untuk you.”

“I sayangkan you, I cintakan you. When I clasped my hand around your dad’s a year ago, it’s a vow I made to God, to love you, to cherish you. I bersalah dengan you, Balqis. I tak tunaikan tanggungjawab I sebagai suami.”

“I merayu untuk you berikan I satu lagi peluang untuk menjadi suami you, Balqis Amani…”

 

 

Balqis mati kata-kata. Tidak semena-mena, baru dia terperasan tangannya yang berada elok dalam pegangan Danial. Sebutir air mata mengalir dari kolam matanya.

 

Please let me know whether that’s a happy tear you’re shedding, sayang…”

 

Balqis menyeka pipi dengan jari.

 

First of all, macam mana I tak tahu yang suami I sendiri is being relocated ke South Africa?” soal Balqis, nadanya marah. “Second, macam mana you boleh biarkan Chu sorang-sorang kat Malaysia? Third, kenapa you boleh kacau papa dengan mama buat umrah? And fourth,” Balqis sudah membilang dengan jari.

 

“Sayang, please don’t start with a list… I’m sorry… Balqis…” Wajah Danial tidak keruan.

 

And fourth, how could you think that I would ever give up on you?” sambung Balqis, suara jatuh gemersik.

 

Danial mati kata-kata.

 

Would it put a smile on your face, if I told you I loved you…?”

 

Danial melepaskan keluhan ‘Alhamdulillah’, seraya itu, tubuh isterinya diraih dalam pelukan.

 

If I said I loved you

Would you say it back?

When I back down on you

Would you hold me in tact?

Those feelings I have

Indescribable, incomprehensible

God’s shower of love

Makes it all possible…

 

TAMAT

 

Glossari

Pesaroso ~ ‘I’m sorry’ dalam bahasa Portugis.


Posted at 04:18 am by sesucicinta
Comments (26)  

Tuesday, May 03, 2005
Episod 15

Assalamualaikum warahmatullah…

Dumm dee dumm…

Dhiya – saya lawak ek? Hehhe… I try. =D

Honeyza – romantic? Abeh laa reputation saya sebagai budak macho… Huhu…

Jaja & Kak Ee – tengok pilot MAS tu buleh speed baper km/sejam. Muehhehe… Jangan laa lelong Danial.. Jenuh plakk nak carik idea hero baru nanti. =D

Kak Pink Jambu – hope this entry cheers you up. =)

Nur, Ieja & Dueng – you hit the nail, Dueng. Allah swt ciptakan lelaki & perempuan to complement each other kan? To achieve some sort of balance in life. Wanita sebagai sayap kiri kepada lelaki. Chewah… =D

Kak Alzun – haaaaa, kantoi!! Musti dok jiwang2 gak dengan abang kat umah ek? =P

Fir – hehhe … Stuck in the room, with lotsa stuff to do. I did go out and the flowers are blooming! Lawa… And Ebay? Hehhe… we’ll see…

TagboardersNazra (salam to you too!), Kinky, huhu, anonymous, pelangi (slmt bercuti to you too. =)), Layola, Jie, Hani (I like Hamzah too), Ija, Nurulhanie, Auntie Fasha, SyaSya, Uyun & others ~ thank you for reading. Here’s another one for you . :=)

 

98 degrees. Aku rasa otak aku dah macam pisang kena goreng,” komen Jasmin. Peluh di dahi dikesat. “Next?”

 

Balqis yang masih meneliti peta di tangan tidak menjawab. Dia membandingkan skala dengan jarak di atas peta. “Beira. 200 miles,” jawabnya pendek. “Then kita meet up dengan Clara.”

 

Jasmin mengangguk-angguk. Botol Spritzer dicapai dan air diteguk perlahan. “Zohor kat mana?”

 

On the way datang kelmarin aku nampak masjid kecik kat kampung sebelah tu. Wanna try that?”

 

“Jom. You drive.”

 

“Ok, but after that, ko,” balas Balqis, tersengih.

 

Mata Jasmin membuntar. “Apa kes??” Gaya Nasha Aziz.

 

Balqis ketawa. “Hey, I drove for 400 freaking miles from Tete kelmarin. Teleng tau kepala aku cover landmines poles tuh.”

 

Jasmin buat muka seposen. “Ala Qis, ko kan bau-bau bacang Hakkinen… Mana larat nak watch over poles tu. Kalau takde tar lagi gelabah apam aku beb.”

 

“Hakkinen konon…” balas Balqis, mencebik. “Come on, Jas. Aku buat stocks. How’s that?” Mereka berkompromi. Balqis juling mata mengira stok vaksin, Jasmin pula teleng leher mengawasi tiang-tiang periuk api.

 

Jasmin mengeluh. “Gila… Kalau mak aku tau aku dok jalan sebelah dengan periuk api, hampeh dia nak kasi aku pegi mana dah lepas ni…”

 

What she doesn’t know won’t hurt her,” tutur Balqis, mengenyit mata.

 

Jasmin mencebik. “Ko memang. Kalau nanti aku ada anak macam ko, tau la aku, mesti terkenan ngan ko nih.”

 

She must grow up to be a real smart lady, huh?

 

Ketawa.

 

“Jom, jom. Sampai Maputo aku nak tido seminggu,” gumam Balqis.

 

 

“Qis! Mangkuk betul… Oi, jangan laa tido! Busok punya co-pilot.”

 

Balqis menenyeh mata, mengantuk. “Kan paved road nih… Nak navigate kemendenyer…”

 

Jasmin mengerling Balqis di tempat duduk penumpang. Jeep Cherokee lancar bergerak di jalan, yang dikelilingi oasis dan baobab yang merendang. “Teman la aku bersembang…”

 

“Sehari semalam aku dok ngadap muka ko… Ko tak boring ke bersembang dengan aku…”

 

Jasmin tergelak. “Ayat-ayat orang mengantuk. Ala Qis, please? Kalau Lebuhraya Utara-Selatan okay la jugak aku nak drive sensorang.”

 

“Okay, okay. Ko nak sembang apa?”

 

What would you do when you first touch home grounds?”

 

Giliran Balqis pula ketawa. “Jas, we’ve been here for only 10 days! Two weeks, tops. Dah piker balek ke, minah? Anak manja!”

 

“Sheesh. Two weeks? Sure as hell felt like two years,” gumam Jasmin, tersengih. “Aku nak tengok The Apprentice!!”

 

Balqis menggeleng-gelengkan kepala, tersenyum. “AF ko tuh ko tak rindu ke?”

 

“Heh, tolong sikit. AF tu Maira je layan,” tukas Jasmin. “Agaknya kalau kita add satellite TV dalam next basecamp quotation, melampau tak?”

 

“Okay gak tuh. Final Champs League beb,” tambah Balqis. “Champs League..” Dia terdiam.

 

Jasmin yang memerhati perubahan mood Balqis turut terdiam.

 

You wanna know something?” soal Jasmin, matanya terarah ke atas jalan di hadapan. Sebuah minivan melimpasi dari arah bertentangan dan menekan hon. Pemandunya melambai-lambai. Jasmin ketawa sambil membalas lambaian. Tradisi.

 

Balqis mencuri pandangan ke arah Jasmin. “What?”

 

“Kenapa aku tak mention pun pasal Danial for the last ten days?”

 

Balqis terdiam. Dia menarik senyum segaris. “Kinda. Thank you, Jas. I really appreciate it…

 

I’m sorry it turned out that way, babe. Cepat sangat Danial melatah. Was too much into you, couldn’t face the fact you are admired by another.”

 

Diam.

 

“Qis, six months bukan jangkamasa yang pendek. Hell, I even betted against him, remember? Gantung tak bertali bukan persoalan. The question is, whether his love for you is real, or not.

“Sepuluh hari, Balqis. He didn’t even show up at the airport. I feel bad for talking crap about my best friend’s life partner like this, but he deserves it, you know?

 

Not even so much of a phone call…” tutur Balqis. Dia tunduk memandang lantai Cherokee.

 

Yes, not even a phone call,” angguk Jasmin. “Tho Farrah is being so sweet to call and check on you.” Dia mengerling ke arah Balqis lagi. “Spill, dear. Tell me what you feel.

 

Balqis menarik nafas. “Tak taulah…”

 

“Ko sayangkan dia kan?”

 

Balqis terdiam. Dia menghala pandangan ke luar tingkap.

 

I knew it,” ujar Jasmin, turut mengeluh.

 

Somewhere along the way, amidst all the banterings, I fell…”

 

Jasmin terdiam. Cuma tangan kirinya meninggalkan stereng untuk meraih tangan Balqis.

 

When I lost my Richard Gere, I didn’t mind having a Darth Vader as the substitute…

“Akmal pergi dah lama… Lepas dia pergi aku tak rasa nak sayang orang lain.”

“Bila papa buat matchmaking kedai kopi dia, aku cuba jadi optimis, ready to negotiate.

“Jas… I think I’ve missed my turn…”

 

You can’t help who you fall in love with, sayang…”

 

Diam lagi. Tangan Jasmin masih erat menggenggam tangannya.

 

He’s not a bad guy, Jas.”

 

“Aku tau. He loves you. Semua orang tahu. Mungkin sekarang he’s kicking himself for treating you the way that he did.”

 

Balqis tersenyum tawar.

 

Keep on praying, Qis…”

 

I will … I love him enough to keep on praying for us.

 

 

There ya go, MH57.”

 

Danial mengangguk. Dia mengangkat duffel dari lantai. “Ok, Chu. Terima kasih. For everything.

 

Farrah tersenyum. Sebak terasa di dada. “Gila aa Along. Pa balik dari umrah tengok MD dia ke Afrika…”

 

Danial tersenyum. “Crazy things you do for love, Chu. You’ll know.”

 

Farrah mencebik. “Termasuk blah malam sebelum bini fly halfway across the globe la kan?”

 

Danial menarik hidung adiknya. Farrah menepis. “Banyak songeh. Kerja ungkit je.”

 

“Along, pergi la cepat. Apa main tarik hidung orang nih?”

 

Danial tersengih. Dia menyambut salam si adik. Sebak juga tatkala Farrah mencium tangannya. “Along rasa macam pagi raya la pulak…”

 

Farrah ketawa. Matanya sendiri berkaca. “Dah la Along.”

 

Pray from me.”

 

All the way from Ampang to Mozambique, one prayer coming up.”

 

Danial ketawa perlahan. “Why did you go and grow up so fast? I would so hug you right now if you were still ten and stumped short…

 

Farrah turut ketawa. Air matanya mengalir akhirnya. “I have a reputation to look after, Along. Along ni awal-awal dah tempias Hallmark…” Dia mencapai tiket yang disumbat ke dalam beg tangan. “Nah. I’m going to miss you and Kak Qis…”

 

Danial mengangguk. “Come here.” Dia tunduk mengucup dahi adik kesayangan. “Jaga diri.” Dia pusing dah berlangkah pergi.

 

Farrah menggigit bibir. “Along!”

 

Langkah Danial mati. “Kenapa?”

 

You forgot these,” ujar Farrah sambil menghulurkan sampul FedEx kepada Danial. “It came this morning. Alhamdulillah…”

 

Danial tersenyum. Hatinya berbunga. “Good to know EBay keeps to its 10-day delivery policy.” Sampul diambil dan disumbat ke dalam duffel.

 

Go. Bring her back.”

 


Posted at 09:00 pm by sesucicinta
Comments (13)  

Saturday, April 30, 2005
Episod 14

Assalamualaikum warahmatullah…

Honeyza ~ still romantic?? Part mana tu? Ingat korang dah ready nak slamdunk saya dah ngan entry sesuke ati cam tu…

Nur ~ tu ler pasal. Tahape-hape tah Danial nih. Kalah budak kecik. Hihi.

Ieja & Jaja ~ alamak. Should I go for hiding too? Mana tau tempias nak pelempang Hamzah kat saya? *hides behind the Trojan shield*

PinkJambu ~ hehhe… thank you. Continue reading, ek kak? J

Dhiya ~ join, jgn tak join. *simbah minyak tanah kat api*

Pembaca ~ rilek rilek… Hehhehe…

Dueng ~ you read my mind. J

Kak Alzun ~ you read my mind too!

Aie ~ ada gak orang defend Hamzah. Aku baru nak lost hope tadi. Muehhehe … But you’re right, babe. Cinta itu buta. Kalu dah suka, bini orang pon nak maen sapuuuu je.

Laling Azaren ~ awww …. Sweetness. Lagu me and my frens jamming waktu 2001. Laling mmg best aaa ….

Fir ~ yessss, your guess is right. It’s the starting of weekend and I’m holed up in my room. Memang takde life tol me nih. Hehhehe… Thank you for reading. Your comments mean a lot. J

 

Danial menolak daun pintu lesu.

 

“Along! Oh God, I was so freaking worried!”

 

Danial mengangkat wajah. “Chu. Takde kelas ke?”

 

Farrah menjulingkan mata. Tangan abang tunggalnya ditarik ke dalam rumah, pintu kayu ditutup rapat. “I’ve been here since yesterday. Sikit lagi Kak Qis nak ditched Mozambique. How irresponsible could you get??” serang Farrah bertubi-tubi. Tubuh abangnya ditolak perlahan ke atas sofa. “Sit.”

 

Danial mengeluh. “Chu…”

 

“Listen, Along. It’s either you start behaving yourself…”

 

“Farrah Jessima Salleh, please…”

 

Farrah terdiam. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Kemudian turut terjelepok sama di sebelah abangnya. Mereka berdua mengadah siling.

 

“Seb baik UN tak short sorang comrade. Semua along punya pasal.”

 

Danial memejam mata. “Ye ke chu?”

 

“Ye aa. Jenuh orang pujuk dia semalaman. She was in bad shape, no thanks to you,” ujar Farrah, memerli.

 

“I’m not getting out of this the easy way, huh?”

 

“You bet,” balas Farrah. Dia memusingkan badan untuk menghadap Danial. “Apa Along buat samarinda lari keluar rumah gitu? Dahla petang sebelum Kak Qis berlepas. Kalau pa dengan ma tau, you’ll be getting it for the next forty-eight years!

 

Diam.

 

“Mata dia dah merah tau, Along. Chu rasa she’s a tough lady. Tapi bila Along dah buat dia tahap-tahap mata merah ni, kira hebat jugakla,” tutur Farrah lagi. “You have two minutes to relay a decent defensive speech before I knock some common sense into your head.” Gadis itu mencuri pandangan ke arah jam dinding. “Starting now.”

 

“Uchu… Lain kali je la…”

 

“Along, Kak Qis tak tau pun mamat tu sumbat surat tu kat beg dia!”

 

Danial membuka mata perlahan-lahan.

 

“Apa la susah sangat nak percaya bini sendiri? Si Fisha cheapskate tu Along boleh je  percaya bertahun-tahun…”

 

“Penat je Kak Qis tolong cover untuk Along tadi. Abang Jeffri dia pun tanya Along ke mana. Kat semua dia cakap Along ada emergency outstation.”

 

“Along, dengar tak ni??”

 

Danial menapak menaiki tangga ke tingkat atas. Penat. Bersalah. Rindu. Bercampur menjadi satu.

 

 

Allahu Akbar, Allahu Akbar!

 

“Danial, bangunnnnn.

You jangan ingat I tak reti guna chainsaw kat stor tu?

Karang ada yang pintu bilik berlubang.

Danialllll.

Subuh nak habis dah la!!”

 

Azan sayup-sayup berkumandang. Danial pantas mengangkat kepala dari bantal tempat beradu. Dahinya yang berpeluh dilap perlahan. Bilik yang sunyi dan gelap dipandangnya suram.

 

Balqis

 

Perempuan yang mengajarnya mengenal sejadah semula. Perempuan yang mengajarnya kemanisan berdoa. Perempuan yang mengajarnya mencintai agama Allah yang syumul.

 

Usai solat, Danial meniti tangga untuk ke tingkat bawah. Terdengar sayup-sayup suara Farrah melagukan Suratul Kahfi. Danial tersenyum. Adiknya seorang itulah harapan keluarga. Boleh dipakai. Belajar tinggi-tinggi tetapi masih ingat berpijak pada bumi yang nyata.

 

Danial merapati meja Jepun. Bingkai-bingkai gambar tersusun kemas di atasnya. Gambar majlis persandingan, Balqis dan rakan-rakan GP di UK, Balqis dengan kanak-kanak blond bermata biru, Danial di Alcatraz bersama Haris dan Zafri.

 

Kemudian gambar di hujung meja menarik perhatiannya. Pantas bingkai itu dicapai.

 

Danial memutar jarum waktu. Teringat lawatan ketiganya ke Chuping. Kali itu untuk menjejak Balqis setelah diarah papa. Melihat Balqis berbaju kurung kedah dan berkain batik, Danial tersenyum. Ringkas, ayu, without even trying hard to.

 

“Sikit je. Dah sapu Boots cream dah pun…”

“Macam mana turun tangga tu? Pakai anak tangga ke pakai railing?”

Sengih.

 

Gambar kandid yang diambil Jeffri. Comel je tangannya masih mengusap pipi Balqis. Kebetulan pula wanita itu sedang ketawa mendengar komennya. Lakonan first-class, pergi ke Cannes pun mungkin boleh menang award.

 

Itu zaman perasaan perlu dipaksa. Sekarang zaman rindu hadir tanpa dipinta.  

 

What was I thinking, Balqis?

 

Matanya tertancap pula pada stetoskop di tengah meja.

 

“Imagine kalau you betul-betul pergi… I don’t think I can live…”

“Would it make you feel better if I told you I won’t leave.. ?”

 

Elok sahaja ditinggalkan begitu oleh Balqis di atas meja Jepun. Littman kesayangan. What are trying to tell me, amour?

 

 

Farrah baru sahaja menutup Al-Quran berkulit putih di rehal. Muka Danial pula sudah menjenguk di pintu.

 

Chu. Tolong Along.”

 

Farrah mengukir senyuman kecil. Hatinya memanjat syukur. “No hal. Apa? Tempah tiket gi Johannesburg?”

 

Danial tersengih. “Let’s start with E-bay.”

 

Glossari

Littmann – Brand stetoskop yang terkenal.

Amour – ‘love’ in French.

E-bay – online auction space. Err, auction mend eek bahasa Melayu? Lelong ke? Hehhe…


Posted at 10:16 am by sesucicinta
Comments (14)  

Thursday, April 28, 2005
Episod 13

Assalamualaikum warahmatullah…

Jeng jeng jeng…

Sebenarnye, exam+writer’s bloc+takut entry tak up to expectation (I’m bad with failures you see, it sends me into cardiac arrest) kinda halted this episode.

*Hadiah angkat perisai Trojan kut-kut nak elak orang baling telur tembelang*.

Fir ~ did you realize you just rhymed? =p

Kak Alzun & Ieja ~ told you you’re going to luku Danial. =D

Honeyza ~ snow lady nak turun gurun. Hehhe…

Ahada ~ keep on visiting, aight? =)

Aie ~ congratulations for not missing the two-liner! Muehhehhe… Saja je letak, ko je yang piker lebey-lebey. ;)

Dueng ~ aiseh brader, me no master laa bab-bab 18sx nih. [Nak kene buat declaration ke yg Danial & Balqis is still clean off the track? Tu ler pasal, letak lagi 2-liner. Dah ala-ala kelas literature plakk buat sessi free interpretation. *grins*]

Laling Azaren ~ thank you for counteracting n having heaps of trust in me. Cayang laling. ;)

 

Sangap… Sangap…

 

Esok pagi Balqis akan berangkat bersama-sama Jasmin ke Johannesburg, Afrika Selatan. Dari sana, mereka akan mengambil connecting flight ke Maputo, ibu Negara Mozambique.

 

Danial terasa baru semalam mereka pertama kali berkongsi gelak-tawa.

 

Dia memerhati Balqis yang leka melipat helaian-helaian pakaian, sambil bersila di hujung katil. Sebuah luggage Polo besar berwarna biru tua ternganga di hadapannya. Seluar cargo, slacks, kemeja lengan panjang, baju Morocco, beberapa jubah dan baju kurung disusun bertindih-tindih di dalam beg. Diselitkan juga novel-novel Tom Clancy dan Dan Brown.

 

“You ni pack gaya nak pindah terus je?” soal Danial, suaranya kecil.

 

Balqis tersentak. Lamunannya mati. Dia mengangkat kepala untuk melihat wajah Danial di muka pintu. “Kalau I pindah terus konfem you joli katak, ek?” ujar Balqis, tersenyum.

 

Danial mengambil tempat di sebelah Balqis di atas lantai. Dia mencapai sehelai tudung berwarna mauve lalu dilipatnya. “Just watch. I would get to Maputo faster than you could say ‘katak’,” balas Danial.

 

Balqis tersengih.

 

Foodstock I dah pack dah. Sealed and labeled dah pun kotak tu. Serunding, keropok, ikan kering yang orang bagi semua I sumbat sekali,” terang Danial. “Nak buat kenduri pulut ikan kering kat Maputo tu pun lepas agaknya.”

 

“Maggi Tomyam?”

 

Danial senyum, menggeleng-gelengkan kepala. “The first I sumbat dalam kotak tu. No worries.”

 

“Thanks,” balas Balqis, turut tersenyum. Tudungnya kini bertukar tangan. “Don’t know what I would do without you,” tuturnya ikhlas.

 

The offer nak teman you sampai Johannesburg tu still stands, for your information.”

 

“I’d rather buat scene Hindustan kat KLIA. Support local film industry.” Balqis sengih.

 

“I’m going to miss all your smartass comments.”

 

“And I’m going to miss making fun of you…”

 

Danial tersenyum. “Ha-ha. Too bad opah dah ke Kent. Mama dengan Papa pun scheduled umrah…”

 

Balqis mengangguk-angguk perlahan. Dia mencapai hand luggage di tepi katil. Tafsir, beberapa buah kitab agama dan sejadah kecil disumbatkan ke dalam. Cheese balls untuk transit di Johannesburg, air mineral, toiletries, MP3 player. Passport, tiket, traveller’s cheques, duit tunai berbentuk dollar dan euro diselitkan ke dalam pouch.

 

“Hmm … Organiser.” Balqis bingkas bangun untuk mengambil beg tangan yang dibawa ke farewell dinner yang dianjurkan SJMC semalam. Tidak menang tangan dia dan Danial membawa pulang ole-ole, sehinggakan beg tangannya hanya dicampak di tepi tangga semalam.

 

“Ke mana?” soal Danial yang leka melipat kain batik pula.

 

“Ambil my handbag. Organiser I dalam tu. Nak masuk dalam beg siap-siap.”

 

“Hang on. I ambilkan.”

 

Danial menuruni anak tangga satu-persatu. Kelihatan beg tangan TopShop Balqis yang tergantung di railing tangga. Pantas dicapai. Tangga dinaiki semula. Kemudian sepucuk surat berwarna biru gugur dari poket tepi beg itu. Danial tunduk untuk mengutipnya.

 

Breathtaking Balqis..

 

Kening Danial terjungkit. Terasa lain macam melihat kata-kata pujian untuk isterinya yang bukan dicoret oleh dirinya sendiri. Surat di tangan direnung. Kemudian pandangan beralih ke muka pintu bilik Balqis yang ternganga.

 

Well, curiosity does kill the cat, ain’t it?

 

Flip sampul surat diselak. Sehelai stationary berwarna putih bergaris emas di dalamnya. Danial menarik nafas perlahan. Lipatan surat dibuka.

 

Balqis Amani,

It’s agonizing to see such a beautiful creature but knowing she is not mine.

I’ll be waiting for the next six months to pass quickly.

I’ll be waiting for you.

And I’ll be waiting for us to become real.

 

Hamzah.

 

 

“Pick up… Pick up…” gumam Balqis. Jam di dinding sudah berbunyi dan berdenting 12 kali. Masuk kali ini, sudah 23 kali Balqis menghubungi nombor yang sama. Namun, untuk kali ke-23 jugalah, makcik Celcom yang menjawab.

 

Telefon bimbitnya melagukan lagu tema ‘The Addams Family’. Bingkas dicapai. Farrah.

 

“Kak Qis, I’ve tried everybody. Semua cakap takde. Akak dah call Haris?” suara Farrah kalut.

 

Balqis menghela nafas. Kepalanya diteleku. “Dah…” ujar Balqis pendek. “Chu, akak blank dah ni…”

 

“I’m coming over.”

 

Panggilan dimatikan. Balqis terus duduk berteleku di tepi meja telefon. Gelisah mengingatkan Danial yang keluar rumah secara tiba-tiba sejak petang tadi. Haris, Taufik, David, Richard dan kenalan-kenalan rapat Danial yang lain sudah dihubungi. Namun hampa.

 

Nombor Fisha merenungnya dari notepad. Wajarkah dia mendail nombor itu?

 

Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Mesej. Danial.

 

‘I can’t play my way with words. I can’t fight the crowd when I’m unsure of how you feel towards us. Maafkan I, Balqis. I’m a coward.’

 

 

“Kak Qis, jom. Nanti tertinggal flight,” pujuk Farrah perlahan. Hand luggage Balqis di tepi pintu dijinjingnya.

 

Balqis mengangguk perlahan. “Kejap.” Stetoskop di tangan diletakkan perlahan di atas meja jepun, di sebelah kotak baldu berwarna hitam. May the beats of your heart leads you back to me. Ameen..


Posted at 10:09 pm by sesucicinta
Comments (23)  

Next Page